Wednesday, August 28, 2019

Sebuah puisi untuk Malaysia - 'Tetapi ada yang masih sama'

Perpaduan disorakkan
Tetapi politik identiti dilaungkan

Dahulunya orang-orang asing yang mengasingkan
Kini seorang orang asing boleh memisahkan

Multikulturalisme yang ditegakkan
Tetapi kadang-kadang etnonasionalisme yang dihebahkan

Perjuangan perpaduan tetap diteruskan
Tetapi diskriminasi sistematik dikekalkan

Idealisme bertingkat-tingkat
Tetapi realiti membungkam matlamat

Elakkan rasisme kata mereka
Tetapi permainan bangsa tetap direka

Ramai kata kita sudah berubah
Tetapi ada yang masih sama








No comments: